AJARKU...SIFOO!
SIRI BELAJAR TEKNIK PHOTOSHOP
Oleh Imran Abdul Jabar, Pengasas Sifoo.com
APO kabar pembaca APO? Salam dan bertemu lagi...
Tutorial kali ini akan menunjukkan cara menghasilkan BOKEH BRUSH sendiri.
Bokeh adalah kesan fotografi apabila kamera dan lens disetkan pada setting-setting tertentu.
Brush yang akan kita buat kali ini membolehkan kita meniru efek bokeh di waktu malam.
HASIL BOKEN PADA FOTO
FOTO ASAL
Bahan yang diperlukan:
Gambar di waktu malam yang sesual. Brush Photoshop yang standard.
LANGKAH 1:
Buka satu fail photoshop yang baru.
Kemudian, placekan gambar yang dipilih dengan menggunakan menu File > Place.
LANGKAH 2:
Applykan Filter > Blur > Gaussian Blur. Setkan nilai blur yang sesuai dengan gambar anda.
Disebabkan kita gunakan menu Place, gambar yang dimasukkan tadi telah disetkan sebagai Smart Object. Oleh itu, filter pun jadi Smart Filter.
LANGKAH 3:
Setakat ini, keseluruhan gambar dah jadi blur. Kita nak gambar kereta tu jelas dan hanya latarbelakang je yang blur. Jadi, kita akan buat mask.
Kilk kat kotak putih di Smart Filters (tengok anak panah kat imej kat Langkah 2).
Sapukan warna hitam dengan menggunakan brush tool untuk menjelaskan semula kereta yang dah blur tadi.
LANGKAH 4:
Pilih Brush Tool dan pilih standard brush yang terdapat di dalam Photoshop iaitu Hard Round.
Buka Window > Brush (F5). Kita akan setkan brush ini supaya menjadi brush bokeh.
LANGKAH 5:
Brush Tip Shape:
Size: 150px, Hardness: 80%,
Spacing: 250.
LANGKAH 6:
Shape Dynamics:
Size Jitter: 50%
Scattering:
Scatter: 500%
LANGKAH 7:
Color Dynamics:
Hue Jitter: 50%
Brightness Jitter: 15%
Wet Edges:
Aktifkan.
LANGKAH 8:
Klik ikon new brush untuk savekan brush bokeh.
LANGKAH 9:
Buat satu layer baru. Setkan blending mode layer kepada Overlay.
Pilih warna yang cair (light). Dengan menggunakan brush baru tadi, sapukan di dalam layer. Lihat hasilnya. Korang boleh variasikan bokeh dengan membuat beberapa layer lagi.
Tu je la untuk kali ni :)
KORANG BOLEH LIKE PAGE AKU KAT:
WWW.FACEBOOK.COM/IMRAN.SIFOO & BANYAR LAGI TUTORIAL KAT
WWW.SIFOO.COM