Return Styles: Pseud0ch, Terminal, Valhalla, NES, Geocities, Blue Moon. Entire thread

Embargo

Name: Anonymous 2013-09-06 12:21

AS usul gantung bantuan ke Mesir

WASHINGTON: Penasihat kanan keselamatan negara Amerika Syarikat mengusulkan agar negara itu menggantung bantuan ekonomi dan ketenteraan bernilai jutaan dolar kepada Mesir.

   Tindakan itu adalah sebagai respons kepada langkah pihak tentera mengguling Encik Mohamed Mursi, Presiden pertama negara itu yang dilantik secara demokratik.

   Jika usul itu diterima, ia merupakan perubahan dramatik pendirian asal pentadbiran Presiden Barack Obama, yang sebelum ini enggan menyifatkan insiden 3 Julai itu sebagai satu penggulingan kuasa.

   Ia juga dijangka mempunyai kesan mendalam terhadap hubungan rapat di antara dua sekutu itu yang telah terjalin sejak berdekad-dekad lamanya dan merupakan tunggak bagi mengekalkan stabiliti di rantau Timur Tengah.

   Usul itu telah diserahkan kepada Encik Obama sejak seminggu lalu tetapi beliau tidak dijangka membuat keputusan muktamad sehingga kongres membuat undian berkaitan tindakan ketenteraan ke atas Syria pada Isnin ini.

   Amerika menyumbang bantuan AS$1.5 bilion setahun dengan AS$1.3 bilion bagi tujuan ketenteraan dan selebihnya bagi sektor ekonomi.

   Hanya bantuan kepada pemerintah Mesir diusul digantung buat sementara waktu.

   Encik Obama dilaporkan perlu memutuskan nilai bantuan yang patut digantung.

   Dana itu akan disalurkan semula sebaik sahaja negara itu dipimpin semula oleh pemerintah yang dilantik secara demokratik.

   Bantuan yang terjejas itu akan turut melibatkan dana kepada syarikat Amerika yang menjual peralatan kepada tentera Mesir.

   Sebelum ini, Washington telah pun menggantung penghantaran empat jet pejuang F-16 kepada Mesir.

   Namun, dana bagi menyokong kawalan keselamatan di kawasan Semenanjung Sinai dan sempadan Mesir dengan Jaluran Gaza, tidak akan terjejas.

   Selasa lalu, ribuan penyokong Encik Mursi kembali memenuhi jalan raya di bandar-bandar di seluruh negara itu bagi mengecam tindakan kekerasan yang dilakukan tentera Mesir dalam beberapa siri keganasan sebelum ini.

   Dalam perhimpunan yang menandakan genap dua bulan Encik Mursi disingkir tentera itu, penunjuk perasaan mula berarak di bandar-bandar seperti Delta Nile, Terusan Suez dan Kahirah.

   Bagaimanapun, tiada laporan berlaku keganasan dalam perhimpunan itu.

   Sebuah mahkamah tentera pula telah menjatuhkan hukuman penjara ke atas 52 pengikut Persaudaraan Islam (Ikhwanul Muslimin) dengan seorang daripadanya dipenjara seumur hidup berikutan penglibatan dalam pertempuran di Suez.

   Tiga lagi defendan dipenjara selama 15 tahun dan 45 lagi dipenjara antara lima hingga 10 tahun.

   Sementara itu, sebuah mahkamah Kahirah telah memerintahkan penutupan saluran berita Mesir kepunyaan AI-Jazeera bersama tiga lagi stesen yang menyiarkan laporan pro-Ikhwanul.

   Ahad lalu, tiga wartawan yang bekerja dengan AI-Jazeera diusir dari Mesir selepas pejabat rangkaian itu diarahkan tutup sejak 3 Julai lalu. - Agensi.

Name: Anonymous 2013-09-06 17:12

haha oh wow, what a crazy language

Name: Anonymous 2013-09-07 10:44

Not surprised at all.

Newer Posts
Don't change these.
Name: Email:
Entire Thread Thread List